Monday, June 13, 2011

ISRA DAN MI'RAJ

Peristiwa Isra dan Miraj Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu peristiwa penting dalam seerah Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam di seluruh dunia memperingati peristiwa ini pada 27 Rejab setiap tahun. Kebanyakan orang Islam tahu tentang peristiwa Isra dan Miraj ini dan tidak perlu diulas panjang lebar.Namun ada manusia termasuk orang yang mengaku Islam sendiri yang ragu-ragu dengan kebenaran peristiwa Isra dan Miraj. Kadang-kadang ada orang yang berkata "apakah apabila kita akan yakin dan percaya kepada sesuatu itu hanya apabila sains berjaya membuktikannya". Percayakan sesuatu itu berlaku dalam hati atau sanubari. Ia tidak boleh dipaksa-paksa. maksudnya kalau seseorang itu percaya dan yakin tentang kewujudan Tuhan, maka ia yakin dan percaya, namun kalau sekiranya ia tidak percaya dan tidak yakin ia tidak boleh dipaksa. Sebab itu, Allah s.w.t. mengatakan bahawa "tiada paksaan dalam agama" . Untuk yakin dan percaya kepada peristiwa Isra dan miraj yang bersifat sam'iyat, sekiranya manusia sudah yakin dan percaya dengan medium yang menyampaikan berita itu iaitu al-Quran dan Hadith Nabi, maka ia akan yakin dan percaya kepada semua perkara yang dinyatakan oleh al-Quran dan hadith. Justeru itu, orang akan yakin dan percaya kepada Isra dan Miraj sekiranya mereka yakin dan percayakan kepada al-Quran."Kalau ia disebut oleh al-Quran aku percaya" seperti bagaimana Saidina Abu bakr berkata "kalau ia keluar dari mulut Muhammad aku yakin dan percaya bahkan lebih dari itu aku percaya".



Isra dan Miraj merupakan sesuatu yang boleh dikategorikan sebagai perkara yang bersifat samiyat iaitu perkara yang dinyatakan oleh al-Quran dan hadith nabi, namun minda manusia tidak mampu menjangkau peristiwa tersebut. Minda manusia terlalu kerdil untuk menjangkau peristiwa tersebut lantara itu apabila Nabi Muhammad s.a.w menceritakan peristiwa tersebut kepada sekumpulan orang Arab yang baru menganut Islam, mereka tidak percaya, mereka mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. gila dan mereka telah murtad. Untuk memenuhi tuntutan naluri manusia yang ingin melihat bukti, orang-orang Arab yang tidak mahu percaya kepada Isra dan Miraj telah menguji Nabi Muhammad s.a.w. dengan soalan-soalan berkaitan dengan masjid al-Aqsa. Allah s.w.t.telah mempertontonkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Masjidil Aqsa dan lantaran itu nabi telah menjawab soalan mereka dengan tepat dan betul. Mereka kembali beriman kepada Rasulullah s.a.w. Ini menunjukkan bahawa manusia perlu kepada bukti!

Manusia Tidak Diberi Dengan Ilmu Yang Banyak

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Isra ayat 85


Mereka bertanya kepadamu tentang ruh katakan bahawa ruh itu adalah hak Allah tuhanku dan tidak kamu diberikan ilmu kecuali sedkikt sahaja.


Berdasarkan tafsir al-Quran dari ahli tafsir yang masyhur seperti Imam Ibn Kathir dan sebagainya peristiwa Isra dan Miraj berlaku secara fizikal dan berlaku dalam alam semesta. Ini berdasarkan kepada ungkapan 'asra bi abdi hi' (yang memperjalankan hambanya" di sini hambanya dikaitkan dengan jasmani dan ruhani dan olehsebab itu ia berlaku secara fizikal, bukan secara ruhani atau mimpi. Kalau ia berlaku secara fizikal, mungkin ia boleh dijelaskan secara sains cuma manusia tidak mempunyai cukup ilmu pengetahuan tentang perkara tersebut. Manusia hanya mengetahui sedikit sahaja tentang alam ini, mungkin hanya setakat 4% sahaja alam ini yang diketahui manusia bahkan lebih sedikit dari itu. Menurut ahli sains, manusia kini hanya setakat berjaya mengetahui hanya sekadar 5% sahaja tentang genome manusia (Gen manusia).

Dalam peristiwa Isra dan Miraj, nabi Muhammad telah diperjalankan oleh Allah dari Masjidil Haram ke Majidil Aqsa dibawa oleh Jibril a.s. Jibril a.s. dicipta dari cahaya, kelajuan pergerakan Nabi Muhammad s.a.w. adalah selaju cahaya atau lebih laju dari cahaya. Terdapat perkara yang pelik-pelik dalam kesah Isra dan Miraj. Umpamanya di Baitul Maqdis, nabi menambatkan buraq, nabi solat besama para nabi dan sebagainya.

Bolehkah Peristiwa Isra dan Miraj Dijelaskan oleh Sains

Sains dapat memperjelaskan beberapa perkara berkaitan dengan Isra dan Miraj. Dalam hadith Nabi MUhammad s.a.w. dijelaskan bahawa kenderaan tersebut dinamakan sebagai "buraq". Lihat sisipan laman web dari Tafsir Ibn Kathir di birai kanan. Buraq berasal dari perkataan Barqun yang bermakna kilat. Kilat merupakan cahaya dan tiada sesuatu yang bergerak lebih pantas dari cahaya. Malaikat juga dibuat dari cahaya. Manusia melalui ahli sains mengetahui bahawa cahaya adalah sesuatu yang paling cepat bergerak. Persoalannya ialah bagaimana hadith nabi boleh mengetahui bahawa cahaya bergerak pantas?

Satu lagi yang penting untuk melihat isra dan miraj dari sudut sains ialaj perkataan mi'raj. Mi'raj dari perkataan araja, iaitu naik secara membengkok, dan buka secara menegak. Dalam sains, apabila kapa angkasa (roket) dilancarkan ke langit, ia akan membengkok.

Kajian-kajian ahli sains.

Ketika umat Islam berbahas samada Isra Miraj berlaku secara jasmani dan rohani atau rohani semata-mata, terdapat ahli sains yang mengkaji tentang kemungkinan "Space Travel". iaitu perjalanan antara galaksi. Ahli sains yang mula-mula mengembangkan idea tentang "time travel" ialah Albert Eisntein. Albert Eistein merupakan seorang tokoh yang terkenal dan beliau membuat satu teori tentang perjalanan antara galaksi.Kajian beliau adalah berdasarkan pengiraan mathematiks (menggunakan theoritical physics). Seorang ahli sains yang bercakap tentang "time travel" yang boleh berlaku dengan sekelip mata ialah Professor Michio Kaka, professor bidan Ilmu Fizik di Stanford University Amerika Syarikat. Saksikan video di bawah ini bagaimana pada masa akan datang manusia mungkin boleh bertemu dengan nenek moyang mereka.

Kalau kita meneliti hadith-hadith Rasulullah s.a.w. berkaitan dengan Isra dan Miraj, nabi kembali ke Makkah pada malam itu, bahkan betapa cepatnya Nabi Isra dan Miraj dapat dilihat dalam sesetengah riwayat yang mengatakan bahawa kaabah masih lagi panas. Dalam hadith Nabi, nabi telah naik ke langit 1, langit 2. langit 3, langit 4, di mana Rasulullah s.a.w. telah menemui nabi-nabi. Cuba teliti kata-kata Michio Kaka dalam video di bawah. Walaupun apa yang disebut oleh Michio Kaka itu sebenarnya pendapat beliau sendiri yang beliau sandarkan kepada ilmu fizik, namun ia ada kaitan dengan cerita-cerita yang terkandung dalam peristiwa Isra dan Mirj. Prof Michio dan yang lain menyatakan bahawa pada masa akan datang manusia akan dapat bergerak merentasi alam semesta dengan sekelip mata sahaja melalui "worm hole" ini.

No comments:

Post a Comment